Tuesday, February 17, 2009

Tidak Pernah Aku...

aku minta maaf terpaksa buat begini,
aku telah cuba untuk menyayangi .
namun aku gagal untuk mengasihi,
tidak bermakna aku ingin menyakiti.

tidak pernah pun aku sound steady,
cuma perhubungan ini berlaku dengan sendiri.
bersama bukan kerana kita mengenali hati budi,
tetapi kerana kisah 10 tahun yg pernah kita lalui.

pelbagai perbezaan yang nyata diantara kita,
aku cuba memaksa diriku untuk menerima.
akan tetapi aku sendiri terasa amat merana,
perhubungan ini cuma dikau yang bahagia.

tidak pernah aku ingin berbuat begini,
mengikutkan ego bukan diriku selama ini.
demi kepentingan dikau dimuka hari,
memang aku mesti lepaskan dikau pergi.

aku harap dgn cara ini dikau dapat mengenali,
seseorang yang boleh memberi cinta yang sejati.
namun aku tetap mengharap kita menjadi,
teman seperti sebelelum perkara ini terjadi.

tidak pernah sesekali terasa didalam hati,
akan terjadinya perkara yang sebegini.
hanya Allah s.w.t yang maha Mengetahui,
kenapa semuanya ini berlaku dalam hidup kita ini...

Originally written on 14 Feb 2009.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home