Monday, May 4, 2009

Bahana Meninggalkan Solat.

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.

2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.

3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.

2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.

3. (su'ul khatimah)

4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.

2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

4. Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan.

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat

2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.

3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Allahu'alam Misawab.

Labels:

4 Comments:

Blogger Putri Lily said...

Subhanallah..

Mcmni pun masih ada yg ungkal utk insaf.
Atau barangkali tak mahu baca info begini..

Terima Kasih
~Putri Lily~

May 6, 2009 at 2:18 AM  
Blogger HiR DeV03rD said...

Memang ramai yang tak mahu atau "not interested" dgn topik22 seperti ini. Cuba buka topik seperti ini di m-sg tak sampai 10 org pun yg response. Haiz...

May 6, 2009 at 4:18 PM  
Blogger Putri Lily said...

Cubalah buka topik ni kat discussion group Al-Islam. Kan ke di situ ramai yg beri perhatian ttg topik2nya.

~Putri Lily~

May 7, 2009 at 2:08 AM  
Blogger HiR DeV03rD said...

InsyaAllah...akan saya laksanakan. (",)

May 7, 2009 at 2:21 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home