Ceritaku
salam sejahtera ku ucapkan pada semua
inginku berkongsi cerita mengisi masa
lama sungguh tidak melakarkan apa-apa
masihkah diriku mampu menyusun kata-kata
tahun lalu diriku hanya member biasa
tetapi kini sudah menjadi "administrator"
tahun lalu diriku ini solo sahaja
tetapi kini sudah pula berpunya
walau si dia tidak sehebat mana
namun keikhlasanya sungguh bermakna
walau ada juga sedikit perbezaanya
minat dan cara kita banyak yang sama
aku tertarik pada kejujuran dirinya
kita menerima masing-masing seadanya
dia terpikat padaku kerana "character"
yang dia kata mampu membantunya
hari demi hari banyak dugaannya
akan tetapi kita tetap mengharunginya
saling pelajari dan memahami pelbagai perkara
dengan ikhtiar serta diiringi doa
ku harap perhubungan ini bertahan sampai bila-bila...[Insya-Allah, amin]
Labels: Poem
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home