Maafkan Aku...
Ku terima cintamu waktu dalam kekecewaan,
Maafkan aku menerima dirimu kerana belas kasihan.
Bukan niatku untuk berpura-pura padamu,
Namun aku cuba sedaya upaya menyayangimu.
Di waktu kita baru-baru berkenalan,
Dikau pun tahu aku baru dikecewakan.
Kemudian kita tahu kita rakan persekolahan,
10 tahun zaman yang telah kita tinggalkan.
Aku tidak sekalipun ingin jadi penipu,
Namu aku tak mahu dirimu merasa malu.
Munafik bukan diriku di setiap masa,
Di mana kata-kata dan hati tak sekata.
Perpisahan juga harus aku pinta darimu.
Namunku tetap ingin bersahabat dengamu.
Dirimu akan temui dengan cinta yang sejati,
Maafkan aku kerana apa yang telah terjadi.
Allah sahaja Maha Mengetahui,
Kenapa ini semua yang terjadi.
Seperti mana kepercayaan kita,
Semua yang terjadi ada Hikmahnya...
Originally written on 16 Feb 2009.
Labels: Poem
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home