Perasaanku...
kenapa diriku rasa tak menentu,
bila aku mengingati dirimu.
siang dan malam jelmaan dirimu,
sentiasa didalam ingatanku.
sehinggakan suaramu juga...
terngiang-ngiang di telingaku.
kata-kata dan sindiranmu,
bermain didalam sanubariku.
tidak lupa juga dirimu..
hadir didalam mimpiku.
ku tak tahu apakah itu,
tandanya hati ini inginkanmu?
tawa serta gurau-gurauanmu,
sentiasa segar dalam fikiranku.
mengapakah ku rasa begitu?
jawapanya ada dalam dirimu.
maaf kerana berkata begitu,
tetapi itulah perasaanku.
harap kau mengerti hatiku.
yg selama ini perlukan kasihmu.
Labels: Poem
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home