Thursday, March 26, 2009

Kenali aku...

Kenali aku...

Perilaku : Tak gentar bersendiri tapi lebih suka jika terus di dampingi, pandai menyimpan rahsia, gigih dan cekal, pelindung, punya kapasiti besar untuk mencintai.

Untuk anda yang ingin berkenalan dgn Sang Kala :

Dianjurkan :
1. Usahakan selalu berpenampilan selesa.
2. Tanggapi kesukaannya bermain mata.
3. Usahakan selalu nampak segar. Idea baru tiap waktu.
4. Biarkan ia penasaran.
5. Bersiaplah jika diajak bicara secara konfrehensif mengenai suatu hal.

Tidak dianjurkan :
1. Menunjukan bahawa anda seorang pencemburu.
2. Melupakan bahawa ia senang menyendiri.
3. Mempertanyakan kesetiaannya.
4. Mencuba mengajak bertengkar.
5. Mengecam sikap yang terkadang seolah acuh tak acuh terhadap anda.

Jika betul kamu kenal aku kamu tentu sedar yang semua di atas memang ada dalam diriku.
Jika betul kamu kenal aku jgn pernah berpaling hanya kerana itu adalah sifat semulajadiku.
Jika betul kamu kenal aku terimalah aku seadanya sebagai mana aku terima kamu tanpa sebarang prasyarat...

Ibarat sifat seekor sang kala yang lebih suka menyendiri tapi senang didekati, tidak akan mengancam melainkan jika diri rasa terancam.Walau sang kala senang dengan dunianya sendiri, tapi saat itu juga lah orang lain mencari cari peluang untuk mengetahui dan mendekati dunia sang kala dan oleh kerana sang kala sering menjadi tumpuan dan punya ramai teman...maka pencemburu bukan pasangan yg baik buat dia kerana sang kala mungkin akan buat si pencemburu itu makan hati tiap hari....

BERANI DAN NEKAD itu adalah sifat semula jadi sang kala. Kalau mahu di ajak bertengkar memang seru amat ibarat menyimbah minyak ke api...kalau sudah buat keputusan mmg tak siapa mampu menggugat...pencinta paling setia dan jgn pernah ada org yang cuba untuk mempersoalkan kesetiaan nya kerana itu ibarat menghina dan membuang cintanya di lubuk yang paling dalam. Lihat ah aku di sudut positifku....walau pun cepat kecewa tapi jika kau tahu bagai mana memujuk hatiku, aku mampu jadi apa saja yang kau mahu. Seorang scorpio sentiasa melimpah ruah dengan kasih sayang sehingga dia mampu memberi sayangnya kepada sesiapa saja dalam pelbagai bentuk dan rasa (sebagai teman, abang, adik, sahabat karib dsb.) jadi jgn sesekali tersalah tafsir dengan sikap mesraku kerana dgn sikap ini jugalah aku disenangi semua yang ada di sekelilingku....

Kenali aku...untuk menyintaiku...Sang Kala Jenking.

Ya saya seorang scorpio,
DeVoTeD

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home