Tuesday, April 28, 2009

Do you intend to question the Messenger?


To me this is an interesting video lecture. Watch it if you interested, ignore it if you don't.

Labels:

Monday, April 27, 2009

Enti setuju jadi isteri kedua ana?

“Enti sudi jadi isteri kedua ana?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

Tak sangka enta sudah beristeri! enta jahat! Sanggup mempermainkan hati ana. Enta ingat ana tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Ana ingat kita lama bercinta, enta masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud ana……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… …………”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Enta nampak macam alim, tapi sanggup menipu ana. Dan enta sanggup melamar ana menjadi isteri kedua enta.Enta ingat ana ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“ Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Enti sudi jadi isteri kedua ana?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa ana?” tanya Fikri ingin tahu.
“Ana ingin membantu gerak kerja dakwah enta,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!” jawab Fikri.

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!

Labels:

Sunday, April 26, 2009

Kasihnya Allah pada wanita.

“Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Tuhan kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini, lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri’ di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife’. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari’ manakala perkataan `femme’ untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh’ dan `zaujati’. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh’ yang bermakna `pasangan’. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya.

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ‘imraah’ iaitu wanita, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya kerana beliau hanya setakat wanita.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan “di bawah telapak kaki” dan bukan “di dalam tangan” atau”di sisi”seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. “Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.”

c. “Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.”(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. “Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

e. “Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disuka.”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang’. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka Cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap
memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang

Tuhan sediakan untuknya. Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Labels:

Thursday, April 23, 2009

Cinta, rindu dan ...

Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar 'hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.


Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.

Labels:

Wednesday, April 22, 2009

Doa boleh merubahkan taqdir.

Dalam sebuah hadiths Nabi s.a.w menjelaskan bahwa taqdir yang Allah ta'aala telah tentukan bisa berubah. Dan faktor yang dapat mengubah taqdir ialah doa seseorang.

Bersabda Rasulullah s.a.w: "Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta'aala selain do'a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik."

Subhanallah?! Betapa luar biasa kedudukan do'a dalam ajaran Islam. Dengan do'a seseorang bisa berharap bahwa taqdir yang Allah ta'aala tentukan atas dirinya berubah. Hal ini merupakan sebuah berita gembira bagi siapapun yang selama ini merasa hidupnya hanya diwarnai penderitaan dari waktu ke waktu. Ia akan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah. Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah ta'aala dan ia mau bersungguh-sungguh meminta dengan do'a yang tulus kepada Allah ta'aala Yang Maha Berkuasa.

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Sesungguhnya Allah ta'aala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagiMaha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)."

Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah ta'aala saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani. Ia akan senantiasa menanamkan dalam dirinya bahwa jika ia memohon kepada Allah ta'aala dalam keadaan apapun,maka derita dan kesulitan yang ia hadapi sangat mungkin berakhir dan bahkan berubah.

Sebaliknya, orang yang tidak pernah kenal Allah ta'aala dengan sendirinya akan meninggalkan kebiasaan berdo'a dan memohon kepada Allah ta'aala. Ia akan terjatuh pada salah satu dari dua bentuk ekstrimitas. Pertama, ia akan mudah berputus asa. Atau kedua,ia akan lari kepada fihak lain untuk menjadi sandarannya demi merubah keadaan. Padahal begitu ia bersandar kepada sesuatu selain Allah ta'aala? termasuk bersandar kepada dirinya sendiri-maka pada saat itu pulalah Allah ta'aala akan mengabaikan orang itu dan membiarkannya berjalan mengikuti situasi dan kondisi yang tersedia. Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepadaNya, karena sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan menjebloskannya ke dalam siksa Allah ta'aala yang pedih. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa tidak berdoa kepada Allah ta'aala, maka Allah ta'aala murka kepadaNya."

Sahabatku, janganlah berputus asa dari rahmat Allah ta'aala. Bila anda merasa taqdir yang Allah ta'aala tentukan bagi hidup anda tidak memuaskan, maka tengadahkanlah kedua tangan dan berdo'alah kepada Allah ta'aala. Allah ta'aala Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah taqdir Anda. Barangkali di antara do'a yang baik untuk diajukan sebagai bentuk harapan agar Allah ta'aala mengubah taqdir ialah sebagai berikut:

"Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan."

Wallahu'alam bisawab...

Labels:

Tuesday, April 21, 2009

Tentang doa terbaik.

Tingkat pertama adalah doa meminta dunia. Inilah doa dengan
tingkatan "terendah". Dalam doa ini, tidak ada yang kita minta selain
dunia, termasuk minta harta berlimpah, minta kedudukan, minta
berhasil dalam bisnis atau pekerjaan, minta jodoh, dsb. Tidak salah
kita berdoa seperti ini, bahkan dianjurkan dan bernilai pahala.

Tingkat kedua adalah doa minta pahala. Pada tingkatan kedua ini kita
meminta agar Allah SWT membalas semua kebaikan kita dengan balasan berlipat. Puncaknya, kita meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Doa tingkatan kedua ini lebih bernuansa akhirat, dan nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.

Tingkat tertinggi dari doa adalah meminta rahmat dan redha Allah. Inilah cita-cita tertinggi yang harus dimiliki seorang Muslim. Tentang hal ini, dalam kitab Hikam, Imam Ibnu Athaillah mengungkapkan bahawa "sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."

Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan larangan, serta istiqamah dalam pengabdian. Rasulullah SAW mencontohkan sebaik-baik doa, yaitu: Allahumma inni as'aluka ridhaaka wal jannah wa 'audzubika min sakhaathika wannaar. Artinya, "Ya Allah
aku memohon kepada-Mu, redha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".

Saat kita meminta redha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, ketampanan, atau apa pun, bila Allah tidak ridha kepada kita. Bila Allah sudah ridha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia insya Allah akan kita dapatkan, dan akhirat pun akan kita rengkuh.

Kerana itu, daripada minta kecukupan, lebih baik kita minta tawakal; daripada minta nikmat, lebih baik kita minta syukur; daripada minta terlepas dari musibah, lebih baik minta sabar, dsb. Hal ini bukan bererti kita tidak boleh berdoa. Silakan berdoa apa pun, selama tidak memohon kemaksiatan.

Labels:

Sunday, April 19, 2009

Kecantikan wanita.

Dalam keghairahan wanita menonjolkan kecantikan mereka, mereka sebenarnya telah menyeksa batin seorang lelaki yang memang nafsunya yang satu itu pada wanita.

Setelah saya mengenali tarbiyah dan jalan dakwah, saya mula memahami bahawa ikatan hati kita adalah berdasarkan ikatan aqidah. Ternyata di dunia ini lebih ramai wanita yang kurang cantik berbanding yang cantik. Namun apabila telah terikatnya hubungan aqidah itu, seolah-olah pandangan fizikal kita pada sahabat kita itu telah terangkat, malah kita mula melihat dia dengan pandangan mata hati kita. Kita mula melihat ‘kecantikan’ akhlak, peribadi dan ketaatan kepada Allah. Itulah yang menyejukkan hati kita.

Apalah ada pada wajah yang cantik, jika kecantikan itu didagangkan, diperlihatkan kepada umat dunia dan sibuk diperkatakan oleh lelaki-lelaki yang tidak soleh?

Peliknya ramai perempuan di dunia ini sangat suka jika dia mempunyai ramai peminat lelaki dan sering menjadi perbualan teruna-teruna yang mahu mengambil kesempatan atasnya.

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya atau pandang lama-lama.

Islam mengangkat wanita itu daripada menjadi perkara yang hina di mata lelaki kepada manusia yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda:" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (Hadis Riwayat Muslim)

Sebab itu kita harus menilai kecantikan itu bukan pada zahiriyahnya tapi pada maknawiyahnya. Isi hati yang baik, akan memancarkan peribadi yang baik dan bercahaya. Fizikal yang kurang cantik itu akan menjadi menawan jika keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah adalah kuat.

Jika kita tidak selalu cemburu orang lebih cantik dari kita, kita takkan berusaha sangat nak jadi cantik. Tapi jika kita cemburu kawan kita itu lebih taat pada Allah, maka kita akan berusaha untuk lebih dekat dengan Allah.

Jika kita sayang pada sahabat kita bukan kerana wajahnya, tetapi kita sayangkan dia kerana Allah, maka jika muka dia buruk ke, ada parut ke, ada jerawat ke, kita tetap sayangkan dia. Dan paling penting kita akan dapat merasai kemanisan iman itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara, maka dia akan merasakan kemanisan iman. Yang tiga perkara itu ialah :
1. Mencintai Allah dan Rasulnya, melebihi cintanya dari yang lain
2. Mencintai manusia berdasarkan cinta kepada Allah semata-mata.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran, seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api”.

Labels:

Saturday, April 18, 2009

Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Labels:

Friday, April 17, 2009

Jauhi dosa.

Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa-dosa. Ia lambang kekukuhan iman.

"Jauhilah perbuatan haram nescaya kamu menjadi orang yang paling kuat beribadah." - (Hadis - Abu Ya'la)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama. Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."

Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan larangannya. Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang berpuasa tetapi masih bermaksiat; Mampu mengeluarkan sedekah dalam perjalanan ke kasino untuk memuaskan nafsu; Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat; Sentiasa memegang tasbih untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang kepada orang lain.

Orang yang mantap kefahamannya tentang agama mengetahui bahawa meninggalkan kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil, teramat penting dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."

Berkata Imam Sufyan at-Thauri: "Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati Allah, perbuatannya adalah seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang bernajis dengan menggunakan air kencing."

Sesungguhnya manusia tidak maksum. Insan ada kelemahannya. Kelemahan ini bukannya alasan untuk berterusan melakukan dosa, sebaliknya untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Pintu taubat sentiasa terbuka. Hadis ada menceritakan tentang seorang dari Bani Israil yang telah membunuh 100 orang, kemudian insaf dan bertaubat. Allah SWT terima taubatnya.

Labels:

Thursday, April 16, 2009

Dr. Tariq Suwaidan - The Future Of Our Religion



Please click the first related video to continue viewing the next part of this ceramah. There is a total of 13 parts.

Labels:

Melangkah menuju ke jalan Allah.

Pemeliharaan Diri dari Dosa.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku di perjalanan menuju Allah, sesungguhnya anda tidak akan sampai kepada penunaian rintah-perintah Allah kecuali dengan menjaga hati dan anggota-anggota badanmu pada setiap saat dan ketika. Allah melihat bisikan hatimu. Ia mengetahui setiap lintasan yang ada pada dirimu, mengetahui setiap fikiran, setiap langkah dan apa pun juga perbuatanmu, baik kamu sedang bergerak maupun sedang berdiam diri. Meskipun anda berada di tengah-tengah pergaulan atau bersunyi-sunyi sendirian, adalah kesemua itu tetap berada di dalam kehadiranNya. Lantaran itu awasilah dirimu, jauhilah kemungkaran.

Seandainya anda melakukan kemungkaran kepada Allah, sedang anda yakin bahawa Allah swt melihat kelakuan anda itu, maka anda adalah orang yang mengejek-ngejek Tuhan. Sebaliknya jika anda melakukan maksiat sedangkan anda yakin pula bahawa Tuhan tidak melihat kelakuan anda itu, maka sebenarnya anda adalah seorang kafir. Terus-terusan mengerjakan dosa menjadikan hati hitam dan selanjutnya hati itu menjadi kelam dan keras, tidak ada kebersihan dan keheningan serta tidak akan merasa lega dan manis dalam mengerjakan ibadat. Jika Allah tidak memberi rahmat, maka hati yang sedemikian itu akan menarik pemiliknya kepada kekufuran dan kecelakaan. Tanda hitamnya hati ialah seseorang itu tidak merasa kaget atau takut dalam mengerjakan dosa, dan tidak merasa manis dengan mengerjakan ketaatan serta tidak berkesan akan nasihat. Sungguh benar orang yang mengatakan bahawa sekiranya anda tidak merasa kuat mengerjakan sembahyang di malam hari dan puasa di siangnya, itulah suatu tanda bahawa anda terbelenggu oleh dosa-dosa. Bukan sahaja orang yang melakukan maksiat tidak merasakan kelazatan ibadat tetapi juga bagi orang yang bercita-cita untuk melakukannya.

Oleh yang demikian, peliharalah dirimu dari melakukan sebarang dosa walaupun ianya hanyalah dosa kecil. Jauhilah ia laksana anda menjauhkan diri dari meminum racun yang berbisa. Hendaklah anda takut dari melakukan dosa itu lebih dari rasa takut dan gentar jika termakan racun yang akan mematikan dirimu sendiri. Padahal hati seorang mukmin itu lebih berharga dari tubuh badannya. Saudara-saudaraku, adalah menjadi kewajipanmu untuk mengenal setiap maksiat, samada yang dilakukan oleh hatimu maupun yang dilakukan oleh tubuh badanmu yang kasar ini. Anda harus mengetahui penyakit-penyakit hati yang sering menyerangmu dan ubat-ubat baginya. Dengan hatimu yang mengidapi penyakit riya', ujub, takabbur, dengki, lalai dan lain-lain itu sudah tentu tidak memungkinkan anda berjaya dalam menjalani jalan menuju Allah. Setiap anggota badanmu juga perlu dijaga. Jagalah lidahmu dari memperkatakan sesuatu yang terlarang baginya. Awasilah pendengaran dan pengelihatan yang merupakan dua pintu yang sentiasa terbuka menuju ke hati. Apa sahaja yang masuk menerusi kedua-dua pancaindera ini akan sampai ke hati. Betapa banyak perkara yang didengar dan dilihat oleh manusia dari hal-hal yang tidak patut sampai kesannya ke hati, lalu sukar pula baginya untuk menghapuskan kesan itu.

Allah s.w.t telah berfirman: "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (Asy-Syams : 8-10) Berbagai jenis manusia yang melakukan dosa. Ada yang sudah berkebiasaan melanggar perintah Allah dan mengerjakan laranganNya sehingga tidak lagi sensitif dengan perbuatannya itu. Ada pula yang melakukan dosa kerana kelemahannya untuk mengawal dorongan nafsu sedangkan ia sendiri menyedari akan kelemahan itu. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari golongan ini. Bagaimanakah reaksi kita terhadap dosa yang dilakukan itu? Adakah kita bergembira dan berbangga? Ataupun adakah kita segera menyesali dengan apa yang dilakukan itu?

Labels:

Sifat-sifat Tercela.

1. Syarhul Thaa'am ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.

2. Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhirat.

3. Gha'dhab ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4. Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan melebihi dari dirinya.

5. Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

6. Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakkan kepada kemasyhuran.

7. Hubbun Dunya ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah s.w.t.

8. Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9. Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya adalah nikmat dari Allah.

10. Riyak ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan atau untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.

Labels:

Wednesday, April 15, 2009

Sifat-sifat Terpuji

1. Taubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya.
b) Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2. Khauf ertinya takutkan Allah, takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud ertinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.

4. Sabar ertinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah dan ia merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah.

6. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

7. Tawakkal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat.

9. Reda dengan Qada' dan Qadar ertinya merasa lapang menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat atau musibah.

10. Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.

Labels:

Monday, April 13, 2009

Pedoman untuk teman-teman wanita.

Untuk renungan...

Jagalah dengan baik 10 sifat, nescaya engkau menjadi penyuluh.

Pertama dan kedua, hendaklah kamu bersifat tenang dan menerima apa adanya serta mahu mendengar dan taat.

Ketiga dan keempat, hendaklah kamu menjaga dengan baik mata dan hidungnya, agar dia tidak sampai melihat hal tidak baik pada dirimu; dan jangan sampai mencium bau tidak enak dari dirimu. Oleh karena itu, engkau harus selalu wangi.

Kelima dan keenam, jagalah baik-baik waktu tidurnya dan waktu makannya. Bila perutnya benar-benar sudah merasa lapar, ia mudah tersinggung. Dan bila tidurnya terganggu, ia akan mudah marah.

Ketujuh dan kelapan, hendaklah engkau jaga hartanya, perhatikan pelayan dan keluarganya. Seseorang dikatakan tidak menjaga hartanya dengan baik bila tidak pandai mengatur pembelanjaannya, dinamakan tidak memperhatikan pelayan dan keluarganya bila tidak pandai mengurusnya.

Kesembilan dan kesepuluh, janganlah engkau derhaka kepada perintahnya dan membuka rahsianya. Kalau engkau menyalahi perintahnya, hatinya akan menjadi panas. Dan kalau engkau buka rahsianya, engkau membuatnya tidak percaya kepadamu dan tidak merasa aman darimu. Janganlah kamu sekali-kali bergembira ria di kala dia sedang murung, dan jangan kamu murung di kala dia sedang bergembira ria.."

Malah wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya.

Rasulullah bersabda,

"Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. "

Wahai wanita! Jadilah kamu isteri yang solehah. Jika kamu taat, indahlah hidup kamu dan bahagialah juga kamu di dunia dan akhirat... InsyaAllah.

Pujian Rasulullah s.a.w:

"Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah."

"Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya."

Labels:

Tribute to my friends.

Friends are there until the end,
They're always themselves, no pretend.
They're not afraid to be seen with you,
They will never betray you.
Friends never tell secrets they promise to keep,
they make you feel good about yourself in times of weep.
They come and cheer for you at your games,
In a friend there is no shame.
Friends are there to listen when you're depressed,
They are the people you should know best.
Friends are like presents you open again and again,
Always with you through thick and thin.

-----------------------------------------------------------------

A friend is someone true and for real,
A friend is someone who means a great deal.
A friend won't hurt you,
A friend won't lie,
A friend will never permanantly say good-bye.
A friend is there through the good times and bad,
A friend is there to cheer you up when your sad.
A friend is always there with a shoulder to cry on,
A friend is always there that you can rely on.
So, friend if you ever need someone honest and true,
Just remember i'll always be here for you .

Labels:

Sunday, April 12, 2009

Sifat seorang lelaki...

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti."

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang akan menjadi suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang :

Kuat agamanya
Biar sesibuk apapun, sholat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran pribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada orang yang lebih terlihat. Mudah di ajak berbicara. Tidak terlalu misterius.

Tegas mempertahankan martabatnya
Pernahkah dia mendatangi ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibilitas dan martabatnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung martabat seorang perempuan?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula menyalahgunakan amanat, lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah pelit tapi tahu membelanjakan uang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dibagii bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap melirik ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu, dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

Teman sepergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk orang tua dani keluarganya. Jika orang tua hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia berbicara dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya.

Labels:

Tuesday, April 7, 2009

Rama-Rama...

Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka & ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam & menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu tinggal di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap & pegang rama-rama dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna & corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang tetapi harga diri & maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna & coraknya manakala harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran & evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar kepada sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat & dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia yang sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar - indah dipandang tetapi dia sendiri yang menanggung beban. Hiduplah dengan bebas & terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan & maruah diri anda berada di taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik & sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah & sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin anda sukar dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara & melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai & maruah diri anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang & belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam jadilah wanita yang membanggakan semua orang....

Labels:

Monday, April 6, 2009

Surat Cinta Untuk Maha Pencipta

Ya Allah Ya Tuhanku...
Saat aku mencintai seorang teman
Ingatkan aku bahwa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ketika aku merindukan seorang kekasih,
Rindukan aku kepada yang rindu Cinta Sejati-Mu,
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jika aku hendak mencintai seseorang,
Temukan aku dengan orang yang mencintai-Mu,
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ketika aku sedang jatuh cinta,
Jagalah cinta itu sabaik-baiknya,
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ketika aku berucap, aku cinta padamu,
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya terpaut pada-Mu,
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaa-Mu.

Sebagaimana orang bijak berucap,
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa,
Dicintai seseorang adalah sesuatu,
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti,
Tapi dicintai oleh Pencipta adalah segalanya.

Labels:

Wednesday, April 1, 2009

Luahan hati...

aku tidak pernah membenci orang akan tetapi aku benci sikap mereka yang acu tak acu...yg tidak ada pendirian, yg tidak tahu membuat keputusan, yang mempunyai perangai "double standard", yg memutuskan persahabatan tanpa sebab, yg mencari aku cuma bila mereka perlukan aku...dan yg minta pertolongan aku tapi tidak menghargai pertolonganku dan mcm2 lagi perangai mcm sial mereka.
memang aku fed-up dgn perangai "kawan2" yg sebegitu tetapi apakan daya aku tidak mampu buat apa2. kenapa mesti aku bersikap baik pada mereka sedangkan mereka tidak menganggap aku seorang yang penting dalam hidup mereka. sama ada aku ada atau tidak dalam hidup mereka tiada bezanya pada mereka.

ada yg mengatakan pedulikan apa mereka nak kata dan buat...akan tetapi aku manusia yg punyai hati dan perasaan rasa sedih bila diperlakukan sebegitu...bagi saja satu misalan - kenapa selalunya...dan aku katakan lagi selalu 100% mesti aku mengalah. kadangkala aku penat...penat jadi baik tetapi alhamdullilah imanku masih kuat. aku terima segala kutukan, gurauan yg kasar2...sesiapa sahaja nak mengata aku diamkan.

susah bagi ku untuk marah kerana bila aku marah memang jarang tetapi amat teruk sehinggakan boleh mengakibatkan kecederaan. gurau tu berpada2 lah...kalau dan bunyinya seperti kutukan itu bukan lagi satu gurauan...kalau aku diam bukan bererti aku setuju walaupun selama ini aku boleh angkat semua gurauan org walau yg ada seperti menghina namun aku ada akal dan perasaan mesti rasa hiba. jika ia satu penghinaan biar Allah sahaja yg membalasnya...kerana aku tak tahu apa yg ada dilubuk hati mereka.

memang aku tidak seperti kebanyakan korang semua yg "been there and done that"...tetapi tidak bermakna aku tidak tahu dan tidak mengambil tahu, simple aku tidak pernah buat perkara2 itu pasal aku masih disiplin dan dapat mengawal imanku. and yes i don't follow the crowd... i don't give a damn apa korang buat pasal itu hidup korang walau sebagai kawan aku kongsi apa yg baik. bagi aku prinsip aku kalau tidak berdosa dan tidak salah dari segi undang2 aku buat ajer...akan tetapi sebagai manusia biasa sudah tentu aku tak lari dari dosa2 kecil akan tetapi alhamdullilah tidak pernah melakukan dosa besar2.

lagipun tak ramai tahu aku pernah ke sana...yg jarang org2 muda lakukan dan aku rasa jika kita sudah ke sana elakkan dari melakukan dosa2 besar...dan apa korang merepek mengatakan melakukan seks di luar nikah itu tak salah tetapi dosa...memang betul korang ckp tak kena tangkap polis tapi bagi aku kalau dah dosa tu salah lah! perkara tentang agama tidak boleh dibuat gurau...faham tak. kalau kau pandai ilmu agama pun dan baca Al-Quran pun tapi kau buat benda2 terkutuk buat apa.

ini cuma luahan hati...kalau sesiapa terasa tidak ada niat pun bagiku untk menyindir.

Labels:

A poem for certain friend...

No one seems to be like you
Understanding and so patient
Ridiculously yet unbelievably faithful

So in love with him
Had to go through all this nonsense (some may say)
And he treat you like that
He should appreciate you more my friend
Is there no other way for you to
Remind him that you
Are always there for him, patiently waiting

Most girls will just walk away
Yet you are so special in every way

For you are willing to stay
Regardless of how he treats you
In a way that shows he sometimes don't care
Except when both of you went out together
Now you are still kept waiting
Don't you ever feel tired, my friend?

---------------------------------------

I ever felt how you feel my friend,
~DeVoTeD~

Labels: