Saturday, February 28, 2009

Bintang...

dikau bagai bintang yg berkelipan jauh di mata,
bagaikan cahaya dlm hidupku yg sentiasa ada.
cintaku padamu berputik sudah sekian lama,
akan tetapi aku hanya teman yg tak punyai apa2.

ku tahu ramai yg cuba memikatmu,
ku rasa cemburu ramai yg meminatimu.
kerana dikaulah bintang yg bersinar,
namun diantara mereka siapa yg benar.

benar2 jujur, setia dan ikhlas inginkan dirimu,
kerana kutahu dikaulah bintang penuh sayu.
sebenarnya ini kali kedua kuingin capai bintang yg sama,
sanggupkah kukecundang buat kali kedua.

walaupunku terima galakkan teman2ku,
tetapi dikau masih belum ada keputusanmu.
takdir dan waktu yg akan menentukan nya,
apakah diriku akan kecewa buat selama2 nya...

Labels:

Friday, February 27, 2009

Perasaanku...

kenapa diriku rasa tak menentu,
bila aku mengingati dirimu.
siang dan malam jelmaan dirimu,
sentiasa didalam ingatanku.

sehinggakan suaramu juga...
terngiang-ngiang di telingaku.
kata-kata dan sindiranmu,
bermain didalam sanubariku.

tidak lupa juga dirimu..
hadir didalam mimpiku.
ku tak tahu apakah itu,
tandanya hati ini inginkanmu?

tawa serta gurau-gurauanmu,
sentiasa segar dalam fikiranku.
mengapakah ku rasa begitu?
jawapanya ada dalam dirimu.

maaf kerana berkata begitu,
tetapi itulah perasaanku.
harap kau mengerti hatiku.
yg selama ini perlukan kasihmu.

Labels:

Thursday, February 26, 2009

Maafkan Aku...

Ku terima cintamu waktu dalam kekecewaan,
Maafkan aku menerima dirimu kerana belas kasihan.
Bukan niatku untuk berpura-pura padamu,
Namun aku cuba sedaya upaya menyayangimu.

Di waktu kita baru-baru berkenalan,
Dikau pun tahu aku baru dikecewakan.
Kemudian kita tahu kita rakan persekolahan,
10 tahun zaman yang telah kita tinggalkan.

Aku tidak sekalipun ingin jadi penipu,
Namu aku tak mahu dirimu merasa malu.
Munafik bukan diriku di setiap masa,
Di mana kata-kata dan hati tak sekata.

Perpisahan juga harus aku pinta darimu.
Namunku tetap ingin bersahabat dengamu.
Dirimu akan temui dengan cinta yang sejati,
Maafkan aku kerana apa yang telah terjadi.

Allah sahaja Maha Mengetahui,
Kenapa ini semua yang terjadi.
Seperti mana kepercayaan kita,
Semua yang terjadi ada Hikmahnya...

Originally written on 16 Feb 2009.

Labels:

Tuesday, February 24, 2009

Khas buat sahabat2

wahai sahabat2ku...
dikau yg ku sanjungi selama ini,
aku tidak sanggup hidup tanpa kalian,
kerana ku akan hilang arah tanpamu...

diwaktu2 diriku berasa buntu...
kalian masih tetap disitu,
dimasa2 diriku dikecewakan,
tetap kalian tidak putus2 menceriakan.

kalian yang sering disisiku bilaku...
dalam keadaan yg tak menentu.
kalian juga yg sanggup bersabar dgn karenahku,
maafkan aku jika banyak menyusahkan kamu.

kalau aku disuruh memilih,
antara kekasih dan sahabat...
akanku pilih sahabat tanpa berfikir dua kali,
kerana itulah keputusan diriku.

jika harusku memilih kekasih...
akan kupilih diantara sahabat2
wanita yg telah aku kenali...
kerana mereka yg lebih mengerti.

namun tetapi aku tak mengharap,
kerana aku lebih sanggup menyendiri...
dari bersama org yg ku tak ada hati.
lebih bahagia dgn sahabat2 yg disisi...

sie2 ni...syukran...thank you,
sukhria...salamat...arigato...nadri,
terima kasih ku ucapkan...dlm bahasa mandarin,
arab, inggeris, hindi, tagalog, jepun dan tamil...

kerana tanda terima kasihku,
untuk kalian memang tidak cukup...
bagiku ucapkan hanya sekali...
terima kasih sahabat2ku...

Labels:

Tuesday, February 17, 2009

Tidak Pernah Aku...

aku minta maaf terpaksa buat begini,
aku telah cuba untuk menyayangi .
namun aku gagal untuk mengasihi,
tidak bermakna aku ingin menyakiti.

tidak pernah pun aku sound steady,
cuma perhubungan ini berlaku dengan sendiri.
bersama bukan kerana kita mengenali hati budi,
tetapi kerana kisah 10 tahun yg pernah kita lalui.

pelbagai perbezaan yang nyata diantara kita,
aku cuba memaksa diriku untuk menerima.
akan tetapi aku sendiri terasa amat merana,
perhubungan ini cuma dikau yang bahagia.

tidak pernah aku ingin berbuat begini,
mengikutkan ego bukan diriku selama ini.
demi kepentingan dikau dimuka hari,
memang aku mesti lepaskan dikau pergi.

aku harap dgn cara ini dikau dapat mengenali,
seseorang yang boleh memberi cinta yang sejati.
namun aku tetap mengharap kita menjadi,
teman seperti sebelelum perkara ini terjadi.

tidak pernah sesekali terasa didalam hati,
akan terjadinya perkara yang sebegini.
hanya Allah s.w.t yang maha Mengetahui,
kenapa semuanya ini berlaku dalam hidup kita ini...

Originally written on 14 Feb 2009.

Labels: